Friday, January 1, 2010

Kadalakan mens wedding

MY COUSIN WEDDING
RICHEE AND WERTA WEDDING AT TELUPID 28 DEC 2009




REYNOLD GALLUS AND LENNY WEDING AT KG. KENINGAU 29 DEC 2009


AZLIE ABAN AND SYLVIANA MERRIS WEDDING AT KG. KADALAKAN 30 DEC 2009

SYOK NYA MEREKA JADI PENGANTIN BARU DALAM USIA YANG MASIH MUDA, APA TAK SYOKNYA, NANTI ANAK DORANG UMUR 15 TAHUN, MEREKA MASIH KELIHATAN MUDA, BERBANDING PASANGAN YANG BERKAHWIN 30 TAHUN KEATAS.

Wednesday, July 29, 2009

lawati kenifly.blogspot.com

KEPADA PELAJAR-PELAJAR SEMEKEN, GAMBAR-GAMBAR MERENTAS DESA, SUKAN DAN KURSUS HOKI ADA DI kenifly.blogspot.com

Monday, July 27, 2009

GOTONG-ROYONG MEMBAIKI KLINIK



KLINIK KESIHATAN IBU DAN ANAK KG. KADALAKAN

Friday, April 3, 2009

Team Hoki SMK Keningau "SEMEKEN" naib Johan



Pasukan hoki perempuan SMK Keningau Naib Johan dalam kejohanan Hoki MSS zon Pedalaman keningau yang di adakan pada 31 Mac – 3 April 2009. Johan pula dimenangi oleh pasukan SMK Keningau II. Pasukan lelaki SMK Keningau yang hanya berjaya berada di tempat ketiga dalam kumpulan tidak berjaya ke separuh akhir tetapi menunjukkan persembahan berkualiti walaupun pertama kali menampilkan diri sejak penampilan terakhir pada tahun 2005.



Penampilan pertama SMK Keningau dalam kejohanan hoki MSS zon Pedalaman Keningau, SMK Keningau tidak menyertai kejohanan hoki sejak 2006-2008, penampilan kali ini tanpa pemain daerah atau negeri tetapi berjaya ke perlawanan akhir bersama SMK Keningau II, hasilnya SMK Keningau berjaya mendapat Naib Johan, walaupun hanya berlatih tidak sampai dua minggu dengan pemain yang sanggup datang latihan berjalan kaki sejauh 8KM dari kampung ke sekolah, apabila jurulatih dan pengurus bertanya, mengapa mereka berjalan kaki, jawapan mereka, duit dah habis buat tambang ke latihan.
Saya memuji semangat mereka, walaupun tahap kemahiran tinggi mereka masih kurang tetapi mereka tetap cekal berlatih walaupun selalu dimarahi oleh jurulatih.


Commitment adalah kunci segala kejaya, dan ini lah hasilnya, bukan senang masuk final atau ke perlawanan akhir jika tiada kesungguhan daripada pemain dan guru –guru yang terlibat.

The best team win, SMK Keningau II memang layak menang tetapi tidak semestinya mereka tidak boleh dikalahkan. Jikalau perlawanan berlanjutan ke penentuan penalty, peluang SMK Keningau untuk menang adalah 90%.

Sunday, March 8, 2009

TATAS DUNDUNGI the TRADITIONAL DANCE

Bercakap tentang tarian, saya nak perkenalkan kepada anda tentang tarian Tatas Dundungi yang ditarikan oleh suku kaum Murut Nabai di Sabah. Tarian tradisional ini ditarikan oleh Persatuan Kebudayaan Murut Nabai Kg. Kadalakan,Keningau, yang aktif mempersembahkan tarian dan muzik tradisional sekitar Sabah. Persatuan ini kerap kali dijemput ke Kota Kinabalu untuk mempersembahkan tarian dan muzik tradisional terutama semasa perayaan pesta keamatan, persidangan, persamian, carnival dan sebagainya.


Perkara menarik tentang persatuan kebudayaan ini, mereka mempersembahkan muzik tradisional yang rancak dengan bunyi yang kuat, disamping menggunakan alat muzik asli yang dibuat sendiri oleh pakar muzik trasisional.
Salah satu tarian yang ditarikan ialah tarian “Mansayau”

Tarian Mansayau ini adalah satu tarian suku kaum Murut Nabai. Tarian ini adalah warisan turun menurun datuk nenek moyang suku kaum murut nabai. Tarian ini akan dipersembahkan semasa perayaan Pesta Menuai (Pesta Kaamatan), menyambut tetamu kenamaan dan di majiis-majiis perkahwinan dan juga menyambut tetamu dari luar negeri.
Paluan gong yang mengiringi tarian ini diberi nama Tatas Dundungi.
Menurut cerita, tarian mengisahkan seorang anak dara dan teruna yang sedang dilamun cinta .

Dijadikan cerita, dalam satu perjalanan pasangan ini, hujan telah turun dipertengahan jalan. Si teruna mengambil daun yang lebar (tatas - bahasa murut ) sebagai payung untuk melindungi kekasihnya. Perkataan melindungi dalam paluan gong dipanggil 'Dundungi". Selepas peristiwa tersebut terjadilah kisah lagu jiwa-jiwa dalam paluan gong bernama TATAS DUNDUNGI.
Tarian ini ditarikan oleh lima(4) Pasang penari iaitu empat (4) penari perempuan dan penari (4) lelaki. Pemalu gong pula terdapat lapan (8) orang dengan jumlah gong lapan (8) buah, satu gendang dan satu set kulintangan.

Dipetik daripada,
Ketua Kumpulan,
Igak @ Ijik Batangon,
Kampung Kadalakan,
'Peti Surat 871,
'89008 Keningau, SABAH.
Tel. HAP: 016-8154149, 019-5876417.

Friday, October 24, 2008

all for 1


4 in 1, may be 5 in 1, ini lah kejayaan pertama saya sejak balik ke sekolah semula, terus jadi ketua guru rumah sukan cheetah,secara keseluruhannya, rumah sukan cheetah naib johan, tapi olahragawan dan olahragawati 15tahun ke bawah, daripada rumah sukan cheetah, bukan sahaja itu, malah kedua-dua mereka mengondol olahragawan keseluruhan dan olahragawati keseluruhan, yang lelaki tu Fizrick Joslee, yang perempuan tu Jovita Pius, tahniah untuk mereka, dan permulaan yang baik untuk saya.saya berharap sangat kejayaan yang cemerlang sepanjang masa.

my twin


this one is diferent.Ni kawan saya Simson nama dia, mula-mula jumpa dia, say terkejut sebab tarikh lahir kami sama, tahun pn sama, cuma dia lebih handsome dr saya, tapi saya lebih matang dari dia, hehe, dia ni orang sarawak, apa yang menarik saya nak cerita ialah pasal tarikh lahir dia yang sama dengan saya, kami memang ada persamaan dan ada besar perbezaan pula. tinggal pula 1 bilik selama 1 tahun di jitra kedah, pernah saya cakap pada dia,ramai kawan yang saya kenal dri sarawak yang ada di sabah, semuanya kawin org sabah.dan akhirnya dia pun bertemu jodoh dengan orang sabah juga, tahniah.itulah kelebihan saya, firasat tepat dan mulut masin, ceh! hehe. kelebihan simson pula boleh meyakinkan orang melalui percakapan,itu yang saya dapat belajar dr dia, hebat, hehe.