Sunday, March 8, 2009

TATAS DUNDUNGI the TRADITIONAL DANCE

Bercakap tentang tarian, saya nak perkenalkan kepada anda tentang tarian Tatas Dundungi yang ditarikan oleh suku kaum Murut Nabai di Sabah. Tarian tradisional ini ditarikan oleh Persatuan Kebudayaan Murut Nabai Kg. Kadalakan,Keningau, yang aktif mempersembahkan tarian dan muzik tradisional sekitar Sabah. Persatuan ini kerap kali dijemput ke Kota Kinabalu untuk mempersembahkan tarian dan muzik tradisional terutama semasa perayaan pesta keamatan, persidangan, persamian, carnival dan sebagainya.


Perkara menarik tentang persatuan kebudayaan ini, mereka mempersembahkan muzik tradisional yang rancak dengan bunyi yang kuat, disamping menggunakan alat muzik asli yang dibuat sendiri oleh pakar muzik trasisional.
Salah satu tarian yang ditarikan ialah tarian “Mansayau”

Tarian Mansayau ini adalah satu tarian suku kaum Murut Nabai. Tarian ini adalah warisan turun menurun datuk nenek moyang suku kaum murut nabai. Tarian ini akan dipersembahkan semasa perayaan Pesta Menuai (Pesta Kaamatan), menyambut tetamu kenamaan dan di majiis-majiis perkahwinan dan juga menyambut tetamu dari luar negeri.
Paluan gong yang mengiringi tarian ini diberi nama Tatas Dundungi.
Menurut cerita, tarian mengisahkan seorang anak dara dan teruna yang sedang dilamun cinta .

Dijadikan cerita, dalam satu perjalanan pasangan ini, hujan telah turun dipertengahan jalan. Si teruna mengambil daun yang lebar (tatas - bahasa murut ) sebagai payung untuk melindungi kekasihnya. Perkataan melindungi dalam paluan gong dipanggil 'Dundungi". Selepas peristiwa tersebut terjadilah kisah lagu jiwa-jiwa dalam paluan gong bernama TATAS DUNDUNGI.
Tarian ini ditarikan oleh lima(4) Pasang penari iaitu empat (4) penari perempuan dan penari (4) lelaki. Pemalu gong pula terdapat lapan (8) orang dengan jumlah gong lapan (8) buah, satu gendang dan satu set kulintangan.

Dipetik daripada,
Ketua Kumpulan,
Igak @ Ijik Batangon,
Kampung Kadalakan,
'Peti Surat 871,
'89008 Keningau, SABAH.
Tel. HAP: 016-8154149, 019-5876417.