Friday, May 30, 2008

Flood in My Kampung

I'm so tired, just arrive here and then write this article but i really satisfied because i just finish my work there, you know on January 8, sudden flood at my kampung.on that early day i'm ready going back to shah alam, my maid just finish hangging a cloths at the ground and she said it's a very clear day, but suddenly the flood come very fast. oh my god, my head going heavy,on my head was thinking, how can i solve this problem, all things come togather,how can i go back to shah alam and leaving these tribble things to my wife, the mud in my ground, my son going to school, my wife car trapped in the garagge and so many garbages bring by the flood, alamak mati je tidak dengan keadaan begini, hari ni nak balik shah alam,berlaku pula banjir mengejut pula berlaku, jambatan depan rumah pula hanyut, jalanraya penuh dengan air kira-kira dua kaki kedalaman.


hari ni adalah hari paling sukar bagi saya, cuba bayangkan, pada awal pagi cuaca kelihatan tenang tetapi secara tiba-tiba banjir berlaku dan dalam masa yang sama saya nak balik shah alam, kalau saya tak balik tentu perbelanjaan akan bertambah kerana airasia tidak ada return ticket, walaupun filght saya hari ini pukul 4 petang tetapi saya kena menaiki bas dari keningau pada pukul 10 pagi ke kota kinabalu, walau bagaimanapun saya masih ada 2 jam membantu apa yang patut di rumah saya ni sebelum bertolak ke kota kinabalu, jad sempat lah saya meronda kawasan persekitaran dan bantu apa yang patut,nasibla banjir surut 40 minit kemudian, sempat juga saya mengalihkan sampah-sampah yang dibawa oleh banjir dan membersihkan tangga rumah yang dinaiki air.


10 minit sebelum pukul 10 pagi saya dah berada di perhentian bas Express keningau, dah pun duduk dalam bas dan mungkin nasib saya baik hari ni, tiba-tiba saya mendapat message daripada Airasia mengatakan penerbangan saya ditunda ke pukul 10 malam hari ni, tanpa membuang masa saya kembalikan tiket bas untuk balik semuala ke kampung untuk membantu membersihkan kawasan rumah, biarlah penat asalkan asalkan saya dapat bersihkan sampah dan lumpur yang dibawa banjir kilat itu, memanglah awal tahun ni hujan sekejap-sekejap tetapi amat menyusahkan bagi kebanyakan kawasan-kawasan di Malaysia, inilah keadaan, bagi individu yang agak sibuk seperti saya, ianya amat memedihkan walaupun kita dapat menanganinya.


saya telah selesai membersihkan kawasan rumah dan membaiki jambatan yang rosak, saya mengambil keputusan untuk bertolak ke Kota Kinabalu pada pukul 5 petang untuk menaiki penerbangan pada pukul 10.30 malam hari ini, bas bertolak tepat pukul 5 petang, saya yakin akan sampai ke Kota Kinabalu walaupun hujan renyai-renyai, tetapi malang sekali lagi menimpa, bas yang sepatutnya mengikut jalan Kimanis telah menukar arah mengikut jalan Tambunan untuk ke Kota Kinabalu, di pertengahan jalan, iaitu di gunung emas, jalan runtuh telah berlaku, di sini lah berlaku pergolakan jiwa, adakah saya yang bodoh atau keadaan yang memaksa, jam sudah menunjukkan pukul 7.00 petang, bas akan balik semula ke Keningau dan akan ke Kota Kinabalu mengikut jalan Kimanis malam ini juga, tetapi perjalana akan mengambil masa selama 3 jam, dan yang pastinya saya akan ketinggalan kapal terbang, lebih baik saya bermalam di Keningau daripada meneruskan perjalanan yang hanya akan menambahkan perbelanjaan, jadi tiket untuk penerbangan hari ini hangus begitu sahaja, nasiblah saya dapat membeli tiket untuk esok melalui internet yang agak murah sedikit berbanding agen kedai.

my wife terkejut apabila saya memberitahu perkara tersebut,inilah cabaran, duit banyak habis sepanjang 3 tahun menyambung belajar di Semananjung, tetapi saya percaya ada hikmah di sebaliknya, saya selamat sampai di shah alam pada keesokan harinya,ketidakhadiran ke kuliah hari ni, kena pula buat surat tunjuk surat kepada lecturer, penat tetapi pengalaman yang saya dapat, tidak ada pada orang lain sebab itu saya kongsikan dengan anda.

If you have any story like me, just share with us or if you have any comment, just write to me in this blog,i have many experience story and i will give it to you all, thank you.